"Selamat Datang ke laman blog all things Bio-Nik. Blog ini bertujuan untuk saya berkongsi pendapat serta maklumat mengenai siri TV kegemaran ramai ini. Hopefully anda terhibur dan tidak keberatan untuk sentiasa kembali melayari laman blog ini. Comments and feedbacks dialu-alukan. Thanks"

Monday, August 3, 2009

Characters of Bio-Nik (Part 2)

Time to get to know 4 more characters in the Bio-Nik world. Kalo yang lepas kita dah feature Prof Mazni, Aishah, Dr Shamil, Prof Hafiz and Burn, kali ini kita berkenalan dengan character Jimmy, Johan, Lisa dan Alia. Let's look in detail what the series has revealed about them so far. Click Read More to continue.



Name: Jimmy Agus
Super Power: Ignite fire with hands
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Single
Character Background
Jimmy mula diperkenalkan dalam episod 3 sebagai seorang nerd di kolej. Di kolej, dia sentiasa menjadi mangsa buli Johan dan gang. Walaupun sering di buli, dia tetap ingin berkawan dengan Johan. Jimmy telah membantu Johan mencipta mesin IQ untuk expo sains di kolej. However, he has his own plan on getting back at Johan. Jimmy juga seorang genius dalam bidang kimia di mana dia telah disuruh oleh Prof Mazni untuk mencipta serum yang boleh menjadikan sesiapa sahaja memiliki kuasa luar biasa. Apabila mencuba serum tersebut ke atasnya dia mampu menyalakan api dengan tangannya serta merta. His rage against Johan telah membuatkan dia cube membunuh Johan sekali dengan memanaskan saluran paip untuk melecurkan badan Johan dan sekali lagi dengan melontar bebola api ke arah Johan. This however was stopped by Nik. Di penghujung episod 6, kita mengetahui bahawa Prof Mazni adalah ibu kepada Jimmy. It's still not clear however if Dr Shamil is his dad memandangkan status perhubungan Prof Mazni dan Dr Shamil masih tidak jelas. Walaupun pernah cuba untuk membunuh Johan, Jimmy dengan rela hati mencipta rantai magnet untuknya dalam episod 10.


Name: Johan bin Dato' Ramli
Super Power: None
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Previously in a relationship with Aina
Character Background
Johan was introduced as the rich kid in college. Dia seorang pembuli yang sentiasa fikir dia mampu mendapat apa sahaja yang diingini. Dari awal dia sudah tidak sebulu dengan Nik dan gang. Pada mulanya kolej, dia sentiasa cuba compete dengan Nik untuk mendapatkan Aina. After episode 6, Aina dan Johan telah pun declare perhubungan mereka setelah menceritakan sifat Nik pada Aina. This however was cut short after Aina finds out that he's flirting with other women while they were still together dalam episod 8. Sejak Nik rapat dengan Aina, dia cube membalas dendamnya dengan mencari kelemahan Nik. Ini dilakukan dengan merasuah Burn untuk mendapatkan maklumat tentang Nik. Kerana Burn memerlukan wang untuk merawat ibunya, dia terpaksa akur dan mendedahkan kelemahan Nik terhadap magnet. This led to him asking Jimmy to create a magnetic necklace to hurt Nik. Setakat ini, rancangannya nampak berjaya.


Name: Lisa
Super Power: Super strength, super speed
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Previously in a relationship with Adi
Character Background
Lisa hanya diperkenalkan sejak episod 7 sebagai pelajar baru di kolej. Setibanya di kolej, Adi mula merapatkan dirinya dengan Lisa sejak dia mula berkenalan and since then they have become close. Dalam episod yang sama kita ketahui bahawa Lisa juga mempunyai kuasa bioniknya sendiri apabila berjaya menangkap pencuri sebelum Nik sempat sampai. Dalam episod 9 dia juga telah menyelamatkan adik Nik, Alia apabila dia diculik. Episod 10 mendedahkan yang Lisa sebenarnya adalah ciptaan Dr Shamil dan Prof Mazni untuk mendapatkan habuan dari Tkosky. Penculikan Alia sebenarnya mendapat pertolongan Lisa namun sifat kemanusiaannya sering mempengaruhinya menyebabkan Lisa menolong menyelamatkan Alia. Hubungannya dengan Adi terputus apabila mengetahui akan dilakukan sesuatu ke atas dirinya oleh Dr Shamil. Setelah Nik ditangkap, Lisa telah dimasukkan data Nik menyebabkan kekuatannya berganda dan kemanusiaannya hilang. Ini menyebabkan Nik dibelasah teruk apabila cuba lari darinya. Nik however berjaya bangkit dan mencederakan Lisa sebelum larikan diri. Her fate is still undetermined.


Name: Alia binti Mohd. Hafiz
Super Power: None
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Single
Character Background
Alia merupakan adik Nik yang dilihat gemar membeli-belah. Setelah Nik mengalami kemalangan, Alia merasa perhubungan dia dengan Nik semakin renggang. Dalam episod 9, sewaktu membeli-belah, Alia telah diculik oleh Fauzir sebagai umpan untuk Fauzir mendapatkan Nik. Alia dilihat sebagai seorang yang berani kerana tidak takut ketika diculik oleh Fauzir malah boleh memarahi balik Fauzir semasa diikat. Dia juga seorang yang bijak apabila cuba menghentikan Nik, who is consumed with rage, dari terus membunuh Fauzir.

No comments:

Post a Comment