Kita telah pun mengenali latar belakang beberapa characters yang muncul dalam siri Bio-Nik in our Part 1 & Part 2 features. Masa untuk kita mengenali 4 yang terakhir musim ini iaitu Adi, Kamal, Aina & tak lain tak bukan Nik. Siapa mereka dalam dunia Bio-Nik? Click Read More to learn more about them.

Super Power: Memikat gadis (Ok, maybe not a super power)
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Lisa
Character Background
We were first introduced to Adi in Episode 3 sebagai seorang 'playboy' yang suka memikat perempuan cantik. Together with Nik and Kamal, they bonded as friends. Sifat Adi yang suka berfoya-foya dengan wanita berakhir apabila berkenalan dengan Lisa, seorang pelajar baru yang mendaftar di kolej pada pertengahan musim pertama. Namun, percintaannya terhenti apabila Lisa memutuskan pertalian mereka. Adi tidak dapat menerima kenyataan ini dan menyangka sesuatu yang buruk di sebalik perpisahan itu. Perasaan bencinya pada Nik timbul apabila terlihat Lisa, yang sebenarnya adalah Prof Mazni, memeluk Nik seolah-olah mereka bercinta. Dari saat itu, perhubungannya dengan Nik dan Kamal berakhir.
Name: Kamal bin Kamil
Super Power: Akal Genius
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Single
Character Background
Genius dalam geng Nik, dia merupakan juara pereka cipta muda tahun sebelum ini. Mengikuti jurusan Computer Engineering, Kamal merupakan otak disebalik ciptaan-ciptaan sains yang dilakukan oleh Nik dan geng. Dia telah mencetuskan idea mencipta sarung tangan multi-function dan mesin pengimbas gelombang otak yang telah di curi perompak. Dia juga mampu mendapatkan gadget-gadget seperti kamera CCTV jika perlu. Memiliki sebuah Volkswagon lama yang disayanginya. Selain seorang genius, dia juga the joker in the gang. Dia juga merupakan orang yang menenangkan kedua belah pihak semasa Adi berselisih faham dengan Nik tetapi ultimately menyebelahi Nik kerana sikap Adi yang tidak percaya dengan ceritanya.
Name: Aina
Super Power: None
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Nik but now back with Johan
Character Background
The usual damsel in distress in the series. Seorang wanita yang cantik dan lemah lembut yang menjadi rebutan antara Nik dan Johan. Pada permulaan musim, Johan sentiasa mengatasi Nik dalam mendapatkan cinta Aina sehinggalah mereka 'declare' cinta mereka dalam episod 7. Dia telah bersama-sama membantu Johan ketika Johan sakit melecur dan hampir terkena bebola api. Namun setelah menangkap Johan sedang memikat seorang cheerleader, dia terus memutuskan cinta mereka dan mencari Nik untuk meluahkan isi hatinya. Mereka mula rapat sejak itu. Namun pada hari lahirnya, dia telah menerima hadiah rantai dari Johan yang menjadi punca renggangnya perhubungannya dengan Nik. Clueless to this, dia kembali bersama Johan setelah Johan membantu menenangkan masalahnya dengan Nik.
Name: Mohd. Haznik bin Mohd. Hafiz
Super Power: Kekuatan, pendengaran, penglihatan bionik
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Aina
Character Background
The epicenter of Bio-Nik. Nik merupakan lepasan STPM yang hanya ingin kebebasan setelah tamat sekolahnya. So he decided to go on a trip with his friends before kolej. Kemalangan yang dialaminya semasa dalam perjalanan telah menyebabkannya menjadi bionik kerana tidak dapat diselamatkan dengan kaedah perubatan lagi. Since then, hidupnya berubah, dia mula beremosi dan sentiasa menyendiri dari orang lain kerana malu dengan dirinya. Semasa di kolej, Nik menaruh hati pada Aina namun pertalian cinta tidak sempat terjalin kerana tidak dapat mendekatinya lagi setelah Aina memakai rantai magnet hadiah Johan. Teknologi yang dimilikinya merupakan punca Dr Shamil dan Prof Mazni cuba menjatuhkan Nik dengan menggunakan Fauzir dan Lisa dalam rancangan mereka. Kebolehannya juga diketahui Burn yang menggunakan rahsia Nik sebagai batu locatan untuk kerjaya wartawannya. Namun, ia bertukar menjadi persahabatan setelah bersama-sama membantu Nik mengalahkan Fauzir.
Sunday, August 9, 2009
Characters of Bio-Nik (Part 3)
Monday, August 3, 2009
Characters of Bio-Nik (Part 2)
Time to get to know 4 more characters in the Bio-Nik world. Kalo yang lepas kita dah feature Prof Mazni, Aishah, Dr Shamil, Prof Hafiz and Burn, kali ini kita berkenalan dengan character Jimmy, Johan, Lisa dan Alia. Let's look in detail what the series has revealed about them so far. Click Read More to continue.

Super Power: Ignite fire with hands
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Single
Character Background
Jimmy mula diperkenalkan dalam episod 3 sebagai seorang nerd di kolej. Di kolej, dia sentiasa menjadi mangsa buli Johan dan gang. Walaupun sering di buli, dia tetap ingin berkawan dengan Johan. Jimmy telah membantu Johan mencipta mesin IQ untuk expo sains di kolej. However, he has his own plan on getting back at Johan. Jimmy juga seorang genius dalam bidang kimia di mana dia telah disuruh oleh Prof Mazni untuk mencipta serum yang boleh menjadikan sesiapa sahaja memiliki kuasa luar biasa. Apabila mencuba serum tersebut ke atasnya dia mampu menyalakan api dengan tangannya serta merta. His rage against Johan telah membuatkan dia cube membunuh Johan sekali dengan memanaskan saluran paip untuk melecurkan badan Johan dan sekali lagi dengan melontar bebola api ke arah Johan. This however was stopped by Nik. Di penghujung episod 6, kita mengetahui bahawa Prof Mazni adalah ibu kepada Jimmy. It's still not clear however if Dr Shamil is his dad memandangkan status perhubungan Prof Mazni dan Dr Shamil masih tidak jelas. Walaupun pernah cuba untuk membunuh Johan, Jimmy dengan rela hati mencipta rantai magnet untuknya dalam episod 10.
Name: Johan bin Dato' Ramli
Super Power: None
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Previously in a relationship with Aina
Character Background
Johan was introduced as the rich kid in college. Dia seorang pembuli yang sentiasa fikir dia mampu mendapat apa sahaja yang diingini. Dari awal dia sudah tidak sebulu dengan Nik dan gang. Pada mulanya kolej, dia sentiasa cuba compete dengan Nik untuk mendapatkan Aina. After episode 6, Aina dan Johan telah pun declare perhubungan mereka setelah menceritakan sifat Nik pada Aina. This however was cut short after Aina finds out that he's flirting with other women while they were still together dalam episod 8. Sejak Nik rapat dengan Aina, dia cube membalas dendamnya dengan mencari kelemahan Nik. Ini dilakukan dengan merasuah Burn untuk mendapatkan maklumat tentang Nik. Kerana Burn memerlukan wang untuk merawat ibunya, dia terpaksa akur dan mendedahkan kelemahan Nik terhadap magnet. This led to him asking Jimmy to create a magnetic necklace to hurt Nik. Setakat ini, rancangannya nampak berjaya.
Name: Lisa
Super Power: Super strength, super speed
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Previously in a relationship with Adi
Character Background
Lisa hanya diperkenalkan sejak episod 7 sebagai pelajar baru di kolej. Setibanya di kolej, Adi mula merapatkan dirinya dengan Lisa sejak dia mula berkenalan and since then they have become close. Dalam episod yang sama kita ketahui bahawa Lisa juga mempunyai kuasa bioniknya sendiri apabila berjaya menangkap pencuri sebelum Nik sempat sampai. Dalam episod 9 dia juga telah menyelamatkan adik Nik, Alia apabila dia diculik. Episod 10 mendedahkan yang Lisa sebenarnya adalah ciptaan Dr Shamil dan Prof Mazni untuk mendapatkan habuan dari Tkosky. Penculikan Alia sebenarnya mendapat pertolongan Lisa namun sifat kemanusiaannya sering mempengaruhinya menyebabkan Lisa menolong menyelamatkan Alia. Hubungannya dengan Adi terputus apabila mengetahui akan dilakukan sesuatu ke atas dirinya oleh Dr Shamil. Setelah Nik ditangkap, Lisa telah dimasukkan data Nik menyebabkan kekuatannya berganda dan kemanusiaannya hilang. Ini menyebabkan Nik dibelasah teruk apabila cuba lari darinya. Nik however berjaya bangkit dan mencederakan Lisa sebelum larikan diri. Her fate is still undetermined.
Name: Alia binti Mohd. Hafiz
Super Power: None
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Single
Character Background
Alia merupakan adik Nik yang dilihat gemar membeli-belah. Setelah Nik mengalami kemalangan, Alia merasa perhubungan dia dengan Nik semakin renggang. Dalam episod 9, sewaktu membeli-belah, Alia telah diculik oleh Fauzir sebagai umpan untuk Fauzir mendapatkan Nik. Alia dilihat sebagai seorang yang berani kerana tidak takut ketika diculik oleh Fauzir malah boleh memarahi balik Fauzir semasa diikat. Dia juga seorang yang bijak apabila cuba menghentikan Nik, who is consumed with rage, dari terus membunuh Fauzir.
Saturday, August 1, 2009
Anatomy of Bio-Nik: Super Powers
Sebagai complementing this week's poll I thought we'd look at kuasa-kuasa yang Bio-Nik miliki. Let's look at in detail each of Nik's alleged enhanced features mostly berdasarkan penerangan Prof Hafiz dalam Episod 2. Click Read More to read in detail my take on his powers.
Penglihatan Jarak Jauh
Prof Hafiz menyamakan kuasa penglihatan jarak jauh Nik dengan penglihatan burung helang. It can detect objects as far as 2km bila difocus. Nik hanya perlu memberi sepenuh perhatian pada objek yang ingin di lihat dan ia akan menjadi jelas like an optical zoom in a camera. So far, I don't recall ada guna kuasa yang ni lagi tapi susah nak tahu sebab when he sees something in trouble takla jauh sangat.
Penglihatan Dalam GelapMengikut Prof Hafiz, mata Nik is as if has night vision. Dia boleh melihat seperti burung hantu dalam gelap. So far, kuasa ini pun masih belum di lihat in action lagi. Most of the action sequence berlaku dalam keadaan terang atau berlampu at least.
Pendengaran Jarak JauhKepekaan pendengaran Nik disamakan dengan pendengaran ikan lumba-lumba oleh Prof Hafiz. Nik can hear a pin drop from as far as 2km sama jarak dengan penglihatannya. In episod 2 kuasa ini telah pun digunakan untuk mendengar kecurian yang berlaku. Kuasa ini juga digunakan semasa cuba mendengar perbualan Johan dan Jimmy sebelum mencuba projek mesin IQ mereka pada Aina. This helped him to save Aina from being dumber when the IQ machine works. It also helped Nik detect yang Burn bersembunyi di belakang mereka untuk mendengar perbualan mereka. Kuasa ini juga might have been used masa Nik cuba mengesan perompak di kampus melalui CCTV yang gang diorang pasang. Hanya Nik dapat dengar and kesan kehadiran perompak masa tu.
Tulang Tahan HabaThis was only briefly mentioned in episod 2 di mana Prof Hafiz mention tulang Nik telah digantikan dengan besi berkualiti tinggi yang tahan haba. However, kita belom nampak di mana ia berkesan. Dalam episod 5, selepas Jimmy cuba mencederakan Johan, Nik ada terpegang tangan Jimmy dan dia terasa kepanasannya. Surely kalo tahan haba dia tak akan terasa or melepaskan tangan Jimmy as though tak tahan. Hmmm... maybe scriptwriters terlepas pandang.
Kekuatan Luar BiasaKuasa Nik yang ini diuji apabila Nik memecahkan bata dengan sekali genggaman. Kuasa ni might be salah satu prominent kuasa Nik yang digunakan. Dalam episod 2 juga dia telah berlawan dengan perompak yang cuba menetaknya dengan parang tapi tak berjaya. Satu lagi semasa dia berlawan dengan Fauzir yang dikatakan lebih kuat setelah disuntik serum. However, ternyata kekuatan Nik belum cukup kuat untuk mengatasi Fauzir. Cuma sebab Fauzir was leka memandang Lisa selamatkan Alia Nik dapat ambil kesempatan untuk menjatuhkan dia. Itu pun, besi dalam badan Nik had to pay a price. Kekuatannya juga telah digunakan semasa berlawan dengan Lisa.
Kepantasan Luar BiasaI would say kuasa ini paling banyak ditonjolkan dalam Bio-Nik. We first see that Nik boleh mengayuh cycling machine fast. Then, dia gunakan kepantasannya untuk mengejar perompak dalam episod 2. We next see it masa Nik melompat ke atas kereta Johan dalam episod 3. Dalam episod 4, kepantasan Nik digunakan untuk menyelamatkan Aina dari tercedera akibat mesin IQ. Episode 5, Nik gunakan untuk cepat membantu Johan setelah cedera. Episod 6, skali lagi Nik menyelamatkan Johan dan Aina dari terkena bebola api Jimmy. Nik menggunakan kepantasannya untuk pergi menangkap perompak dalam Episod 7 tetapi gagal mengejar Lisa yang telah menangkap mereka terdahulu.
Besides these powers, ada kuasa yang saya dapati tidak diberitahu. Dalam episod 7 bila Nik ternampak Lisa sampai dulu di kolej menangkap perompak. Nik seperti mempunyai X-Ray vision or Scanner yang boleh mengenal pasti siapa orang disebalik topeng tersebut.Sunday, July 26, 2009
Characters of Bio-Nik (Part 1)
Jom kita mengenali character-character yang ada dalam Bio-Nik musim pertama. Nak buat awal2 dulu tak banyak info kita boleh dapat sebab we were still getting to know them. Now that a lot of revelation happening, dapatlah saya write out a more detailed description of each characters, siapa mereka dan kaitannya dalam dunia Bio-Nik. You can also vote for your favourite characters on the poll in the right. I will also keep updating this post in case ada apa2 information baru diketahui in the other episodes. Let's start with Prof Mazni, Aishah, Dr. Shamil, Prof Hafiz and Burn.

Super Power: Shape-Shifter
Profession: Dean of TPM College
Marriage Status: In a relationship with Dr. Shamil
Character Background
Kita mula2 diperkenalkan pada character Professor Mazni dalam episod ke-4 semasa Nik dan gang diperlukan untuk meminta approval untuk projek expo sains. From that episode kita dapat tahu Prof Mazni ni bekerjasama dengan Jimmy dalam menyiapkan serum yang boleh memberi kuasa luar biasa. Apabila Jimmy cuba membunuh Johan dalam episod 5, it is revealed that Prof Mazni has the power to shape-shift into any person she wants to. Dalam episod 8, we know that Prof Mazni is in a relationship with Dr. Shamil. Episod 10 pula memberitahu kita yang Professor Mazni mungkin adalah Sharifah yang dikatakan oleh Professor Hafiz dalam episod 1 apabila Prof Hafiz ternampak gelang yang dipakai Prof Mazni. It is unknown if ini adalah rupa Prof Mazni yang sebenar, it might explain kenapa Prof Hafiz x kenal straight away.
Name: Aishah
Super Power: None
Profession: Housewife
Marriage Status: Married to Prof Hafiz with 2 kids
Character Background
Mother of Nik and Alia. Daripada episod pertama we can see that she is a caring mother that loves her 2 children. Dia menunjukkan reaksi yang sangat pedih ketika mendengar berita kemalangan Nik. However, she has an impatient sense di mana dia sentiasa hendak sesuatu itu dilakukan dengan cepat tanpa berfikir. Seperti ketika misi untuk menyelamatkan Nik dalam episod 1 dan penculikan Alia dalam episod 9. This always results in Prof Hafiz having to calm her down. Suka memasak (or membelek buku resepi) and majalah CLEO.
Name: Dr. Shamil
Super Power: None
Profession: Medical Doctor?
Marriage Status: In a relationship with Prof Mazni
Character Background
Semasa mula diperkenalkan, Dr Shamil merupakan seorang kawan kepada Prof Hafiz yang membantunya menyelamatkan Nik. Namun, sifat tamaknya telah mempengaruhi keputusannya apabila ditawarkan keuntungan lumayan sekiranya teknologi bionik yang dicipta bersama Prof Hafiz digunakan untuk tujuan ketenteraan. Once friendship mereka berakhir, Dr Shamil seakan hilang sifat kemanusiaan dan sanggup melakukan apa sahaja untuk memusnahkan Prof Hafiz. Ini termasuk mencipta bionik yang sama, Lisa untuk mendapatkan Nik (tujuan sebenar tidak diketahui). Dalam episod 9, kita ketahui dia sebenarnya berpakatan dengan Prof Mazni which is later known to be his ex girlfriend Sharifah yang telah dicuba selamatkan dengan Program ADAM way before Nik.
Name: Professor Hafiz
Super Power: None
Profession: Neuro-Science Professor
Marriage Status: Married to Aishah with 2 kids.
Character Background
A loving dad to his 2 children, he is always thinking about their future & safety seperti dalam episod 1 di mana dia ingin menghantar Nik ke luar negara untuk menyambung pelajarannya dan risau apabila Nik tertinggal surah Yasin. Setelah kemalangan Nik, dia telah mempraktikkan kebolehannya dalam neuro-science technology untuk menyelamatkan Nik. Besides providing technical support for Nik, he's also the moral support as only he understands Nik more. His loyalty to protect his son is tested dalam episod 6 apabila menegah Dr Shamil daripada menggunakan teknologi bionik yang diciptanya untuk tujuan ketenteraan sehingga terputusnya talian persahabatannya dengan Dr Shamil. He is the calm entity in the family seperti apabila mendapat berita tentang kemalangan Nik dan penculikan Alia, dia yang menenangkan isterinya.
Name: Fazli bin Aziz (Burn)
Super Power: None
Profession: Junior Reporter for Harian Galaksi
Marriage Status: Single
Character Background
Started out as a rookie at Harian Galaksi, he was initially assigned on small time news for Harian Galaksi. Termasuklah laporan tentang Expo Sains di TPM College yang akhirnya memberi dia scoop yang terbesar tentang Bio-Nik. Kerana berjaya menangkap bayangan Nik semasa di Expo Sains in episod 4, dia menggunakan bahan bukti ini untuk mengugut Nik dan mendapat berita terkini tentang kejadian2 luar biasa di sekeliling Nik. However, this was more taken as a favor kerana dilihat seperti mereka menjadi kawan yang membantu Nik dalam episod 9. Dia juga diketahui mempunyai ibu yang sedang menghidap barah tulang yang tidak dapat ditanggung kos rawatannya. Ini menyebabkan dia terpaksa mendedahkan rahsia kelemahan Nik pada Johan untuk mendapat bantuan kewangan dari Johan.
More characters in my next installment.
Sunday, July 12, 2009
Music of Bio-Nik

You guys are probably wondering ape lagu2 yang digunakan dalam siri Bio-Nik. Well, not really hard to guess. Memandang siri ni diterbitkan oleh KRU Studios, first thing on my mind would be artis2 KRU Studios. Kalo dilihat closing credits memang dah ade listed some of the lagu2 yang digunakan. Semuanye dari album Adam yang terbaru, Adam3.
Updated (20/7): More songs added to the list as I listened to his whole album, memang kebanyakan muzik digunakan dalam Bio-Nik.
I'm pretty sure there would be more songs from this album to be used in the series. Will update constantly kalo ade tambahan lagu digunakan. Sementara tu, I suggest you guys purchase the album. X rugi. Lagu2 yang lain pun best. Ingat, jangan sokong piracy plak.
The eponymous theme song for Bio-Nik! Memang masuk mood Bio-Nik every time hear this song. Lagu die sebenarnye pasal menari (sequel to Joget Lambak?) tapi memang muzik yang dipakai kene dengan tema Bio-Nik. KRU has even made a music video to accompany the song's release. For now x dapat embed di blog ni, click here to watch the preview.
This song is used for the closing theme. Lagu ni dah lama kuar but baru skrg saye nak terpengaruh. Thanks to Bio-Nik. Makes a good ringtone as well.
Intro lagu ni kita sentiasa dengar di permulaan episod2 Bio-Nik since episod 3. At first dengar x brape ade hook but lame2 the lyric sticks in my head. Current favourite.
This song was listed as one of the songs included in the series but I've yet to hear it used. A ballad more slower than Benar-Benar. Might potentially be used for the sadder scenes if there is any coming.
I guess this ballad needs no intoduction. Paling popular di antara lagu dalam album baru Adam. Mainly used to highlight the romantic scenes between Nik and Aina.
This song I noticed was used for the montage in episode 8 masa Aina tengah exercise. Maybe ada more scenes using this song tapi scene tu paling prominent.
I just listened back to this song and found out that the intro music for this song ada digunakan untuk scene-scene bila di college.
This song is also another one I noticed is used as background music for the college scenes.
Tuesday, July 7, 2009
Bio-Nik: The series so far...
Untuk yang masih tidak mengetahui, Bio-Nik berkisarkan tentang Nik yang telah menjadi 'Bionic' setelah telibat dalam kemalangan jalanraya. Satu-satunya cara untuk menyelamatkannya adalah untuk memasukkan 'besi' ke dalam diri Nik dan diprogramkan untuk berfungsi seperti manusia biasa. Siri ini menggunakan teknik CGI untuk menunjukkan pelbagai aksi luar biasa yang bleh dilakukan oleh Nik.
Setakat ini episod 8 telah pun disiarkan. Pada pendapat saya siri ini masih lagi boleh diperbaiki. Hopefully it gets better. Full reviews coming soon...
Kalo korang baru nak mula minat siri Bio-Nik ni, bolehla tonton episod-episod yang lepas di laman web tv3.







