"Selamat Datang ke laman blog all things Bio-Nik. Blog ini bertujuan untuk saya berkongsi pendapat serta maklumat mengenai siri TV kegemaran ramai ini. Hopefully anda terhibur dan tidak keberatan untuk sentiasa kembali melayari laman blog ini. Comments and feedbacks dialu-alukan. Thanks"

Sunday, August 9, 2009

Characters of Bio-Nik (Part 3)

Kita telah pun mengenali latar belakang beberapa characters yang muncul dalam siri Bio-Nik in our Part 1 & Part 2 features. Masa untuk kita mengenali 4 yang terakhir musim ini iaitu Adi, Kamal, Aina & tak lain tak bukan Nik. Siapa mereka dalam dunia Bio-Nik? Click Read More to learn more about them.



Name: Abdul Hadi
Super Power: Memikat gadis (Ok, maybe not a super power)
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Lisa
Character Background
We were first introduced to Adi in Episode 3 sebagai seorang 'playboy' yang suka memikat perempuan cantik. Together with Nik and Kamal, they bonded as friends. Sifat Adi yang suka berfoya-foya dengan wanita berakhir apabila berkenalan dengan Lisa, seorang pelajar baru yang mendaftar di kolej pada pertengahan musim pertama. Namun, percintaannya terhenti apabila Lisa memutuskan pertalian mereka. Adi tidak dapat menerima kenyataan ini dan menyangka sesuatu yang buruk di sebalik perpisahan itu. Perasaan bencinya pada Nik timbul apabila terlihat Lisa, yang sebenarnya adalah Prof Mazni, memeluk Nik seolah-olah mereka bercinta. Dari saat itu, perhubungannya dengan Nik dan Kamal berakhir.


Name: Kamal bin Kamil
Super Power: Akal Genius
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Single
Character Background
Genius dalam geng Nik, dia merupakan juara pereka cipta muda tahun sebelum ini. Mengikuti jurusan Computer Engineering, Kamal merupakan otak disebalik ciptaan-ciptaan sains yang dilakukan oleh Nik dan geng. Dia telah mencetuskan idea mencipta sarung tangan multi-function dan mesin pengimbas gelombang otak yang telah di curi perompak. Dia juga mampu mendapatkan gadget-gadget seperti kamera CCTV jika perlu. Memiliki sebuah Volkswagon lama yang disayanginya. Selain seorang genius, dia juga the joker in the gang. Dia juga merupakan orang yang menenangkan kedua belah pihak semasa Adi berselisih faham dengan Nik tetapi ultimately menyebelahi Nik kerana sikap Adi yang tidak percaya dengan ceritanya.


Name: Aina
Super Power: None
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Nik but now back with Johan
Character Background
The usual damsel in distress in the series. Seorang wanita yang cantik dan lemah lembut yang menjadi rebutan antara Nik dan Johan. Pada permulaan musim, Johan sentiasa mengatasi Nik dalam mendapatkan cinta Aina sehinggalah mereka 'declare' cinta mereka dalam episod 7. Dia telah bersama-sama membantu Johan ketika Johan sakit melecur dan hampir terkena bebola api. Namun setelah menangkap Johan sedang memikat seorang cheerleader, dia terus memutuskan cinta mereka dan mencari Nik untuk meluahkan isi hatinya. Mereka mula rapat sejak itu. Namun pada hari lahirnya, dia telah menerima hadiah rantai dari Johan yang menjadi punca renggangnya perhubungannya dengan Nik. Clueless to this, dia kembali bersama Johan setelah Johan membantu menenangkan masalahnya dengan Nik.


Name: Mohd. Haznik bin Mohd. Hafiz
Super Power: Kekuatan, pendengaran, penglihatan bionik
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Aina
Character Background
The epicenter of Bio-Nik. Nik merupakan lepasan STPM yang hanya ingin kebebasan setelah tamat sekolahnya. So he decided to go on a trip with his friends before kolej. Kemalangan yang dialaminya semasa dalam perjalanan telah menyebabkannya menjadi bionik kerana tidak dapat diselamatkan dengan kaedah perubatan lagi. Since then, hidupnya berubah, dia mula beremosi dan sentiasa menyendiri dari orang lain kerana malu dengan dirinya. Semasa di kolej, Nik menaruh hati pada Aina namun pertalian cinta tidak sempat terjalin kerana tidak dapat mendekatinya lagi setelah Aina memakai rantai magnet hadiah Johan. Teknologi yang dimilikinya merupakan punca Dr Shamil dan Prof Mazni cuba menjatuhkan Nik dengan menggunakan Fauzir dan Lisa dalam rancangan mereka. Kebolehannya juga diketahui Burn yang menggunakan rahsia Nik sebagai batu locatan untuk kerjaya wartawannya. Namun, ia bertukar menjadi persahabatan setelah bersama-sama membantu Nik mengalahkan Fauzir.

No comments:

Post a Comment