Masanya telah tiba untuk anda mengundi! Tujuan anugerah ini adalah untuk memberi penghargaan terhadap pencapaian-pencapaian terbaik Bio-Nik untuk 1st season yang lepas. Terdapat 10 kategori yang dipertandingkan. Anda boleh menonton video yang disertakan untuk menilai calon-calon terlebih dahulu. You can vote as many times you want! Undian dibuka sehingga satu tarikh yang akan diberitahu kelak bergantung kepada sambutan. After that, pemenang-pemenang akan diumumkan. Klik Logo atau Read More untuk mula mengundi!
Wednesday, August 12, 2009
Anugerah all things Bio-Nik: The Polls Are Open!
Monday, August 10, 2009
Bio-Nik Episode 13: After Thoughts?
Season 1 has ended with the conclusion of episode 13. So apa pendapat korang? Best tak? I'm so sorry but I was a little bit disappointed with it. Especially for it being a season finale and all. Mungkin I have to digest it betul2 dulu. Tak ape, Bio-Nik masih ada musim ke-2 starting next week. Hopefully it will be much better. Kalo korang tak sempat tengok, click on the links below to watch it online.

Malam Penentuan: Bio-Nik Season 1 Finale Tonight!
It's finally here! Masa yang dinantikan telah tiba. Apakah yang akan dilakukan oleh Nik, Kamal dan Prof Hafiz untuk menghadapi serangan Dr Shamil dan Prof Mazni? Who will survive? Who will suffer? Semuanya akan terjawab malam ini bila episod 13 aka Season 1 Finale bersiaran tepat jam 9 malam.
Sunday, August 9, 2009
Characters of Bio-Nik (Part 3)
Kita telah pun mengenali latar belakang beberapa characters yang muncul dalam siri Bio-Nik in our Part 1 & Part 2 features. Masa untuk kita mengenali 4 yang terakhir musim ini iaitu Adi, Kamal, Aina & tak lain tak bukan Nik. Siapa mereka dalam dunia Bio-Nik? Click Read More to learn more about them.

Super Power: Memikat gadis (Ok, maybe not a super power)
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Lisa
Character Background
We were first introduced to Adi in Episode 3 sebagai seorang 'playboy' yang suka memikat perempuan cantik. Together with Nik and Kamal, they bonded as friends. Sifat Adi yang suka berfoya-foya dengan wanita berakhir apabila berkenalan dengan Lisa, seorang pelajar baru yang mendaftar di kolej pada pertengahan musim pertama. Namun, percintaannya terhenti apabila Lisa memutuskan pertalian mereka. Adi tidak dapat menerima kenyataan ini dan menyangka sesuatu yang buruk di sebalik perpisahan itu. Perasaan bencinya pada Nik timbul apabila terlihat Lisa, yang sebenarnya adalah Prof Mazni, memeluk Nik seolah-olah mereka bercinta. Dari saat itu, perhubungannya dengan Nik dan Kamal berakhir.
Name: Kamal bin Kamil
Super Power: Akal Genius
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Single
Character Background
Genius dalam geng Nik, dia merupakan juara pereka cipta muda tahun sebelum ini. Mengikuti jurusan Computer Engineering, Kamal merupakan otak disebalik ciptaan-ciptaan sains yang dilakukan oleh Nik dan geng. Dia telah mencetuskan idea mencipta sarung tangan multi-function dan mesin pengimbas gelombang otak yang telah di curi perompak. Dia juga mampu mendapatkan gadget-gadget seperti kamera CCTV jika perlu. Memiliki sebuah Volkswagon lama yang disayanginya. Selain seorang genius, dia juga the joker in the gang. Dia juga merupakan orang yang menenangkan kedua belah pihak semasa Adi berselisih faham dengan Nik tetapi ultimately menyebelahi Nik kerana sikap Adi yang tidak percaya dengan ceritanya.
Name: Aina
Super Power: None
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Nik but now back with Johan
Character Background
The usual damsel in distress in the series. Seorang wanita yang cantik dan lemah lembut yang menjadi rebutan antara Nik dan Johan. Pada permulaan musim, Johan sentiasa mengatasi Nik dalam mendapatkan cinta Aina sehinggalah mereka 'declare' cinta mereka dalam episod 7. Dia telah bersama-sama membantu Johan ketika Johan sakit melecur dan hampir terkena bebola api. Namun setelah menangkap Johan sedang memikat seorang cheerleader, dia terus memutuskan cinta mereka dan mencari Nik untuk meluahkan isi hatinya. Mereka mula rapat sejak itu. Namun pada hari lahirnya, dia telah menerima hadiah rantai dari Johan yang menjadi punca renggangnya perhubungannya dengan Nik. Clueless to this, dia kembali bersama Johan setelah Johan membantu menenangkan masalahnya dengan Nik.
Name: Mohd. Haznik bin Mohd. Hafiz
Super Power: Kekuatan, pendengaran, penglihatan bionik
Profession: Student at TPM College
Relationship Status: Was in a relationship with Aina
Character Background
The epicenter of Bio-Nik. Nik merupakan lepasan STPM yang hanya ingin kebebasan setelah tamat sekolahnya. So he decided to go on a trip with his friends before kolej. Kemalangan yang dialaminya semasa dalam perjalanan telah menyebabkannya menjadi bionik kerana tidak dapat diselamatkan dengan kaedah perubatan lagi. Since then, hidupnya berubah, dia mula beremosi dan sentiasa menyendiri dari orang lain kerana malu dengan dirinya. Semasa di kolej, Nik menaruh hati pada Aina namun pertalian cinta tidak sempat terjalin kerana tidak dapat mendekatinya lagi setelah Aina memakai rantai magnet hadiah Johan. Teknologi yang dimilikinya merupakan punca Dr Shamil dan Prof Mazni cuba menjatuhkan Nik dengan menggunakan Fauzir dan Lisa dalam rancangan mereka. Kebolehannya juga diketahui Burn yang menggunakan rahsia Nik sebagai batu locatan untuk kerjaya wartawannya. Namun, ia bertukar menjadi persahabatan setelah bersama-sama membantu Nik mengalahkan Fauzir.
Saturday, August 8, 2009
Exclusive: Bio-Nik Season 2 Preview!
Warning: Not for the faint-hearted! Haha. Here it is....the world premiere of the 2nd season's opening credits. A huge shout out to abang Aidil Fitri, the director of season 2, for giving us this wonderful gift. Enjoy!
So what do you guys think?!
Thursday, August 6, 2009
Announcing... Anugerah all things Bio-Nik!
Musim pertama Bio-Nik akan melabuhkan tirai seminggu sahaja lagi and I thought we should celebrate with an award-like ceremony untuk mengiktiraf pencapaian-pencapaian sepanjang musim ini mengikut selera penonton dan peminat. Ada 10 kategori yang akan dipertandingkan. Nominations untuk kategori-kategori di bawah dialu-alukan jika ada sesiapa yang ada cadangan. Starting next week, selepas episod 13 bersiaran, I will open the voting polls untuk menentukan pemenang bagi setiap kategori. Pengumuman pemenang akan dibuat selepas voting line ditutup which will depend on sambutan. Maybe seminggu 2 camtu. Harap-harap mendapat sokongan semua. Now here are the categories...
- Pelakon Terbaik (Male)
- Pelakon Terbaik (Female)
- Best Supporting Character/Actor/Actress
- Episod Terbaik
- Sub-plot Paling Gempak!
- Babak Paling Lawak
- Most Dramatic Scene
- Scene Aksi Terbaik
- Favourite Line/Quote
- Best Couple








